KAHERAH, 4 Jan - Hal Ehwal Wanita Islam, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( HEWI PMRAM ) memandang serius berkenaan isu yang melanda golongan mahasiswa baru-baru ini.Isu yang berlaku membabitkan mahasiswa di universiti tempatan membuktikan keberanian anak muda di dalam memperjuangkan isu mansuh Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU).
HEWI PMRAM mengucapkan syabas di atas keberanian mahasiswa di Malaysia, dan ianya sekaligus membuktikan suara serta tindakan mahasiswa kini begitu berharga kepada masyarakat di Malaysia.
Mengulas mengenai isu yang berlaku baru-baru ini Saudari Nurain Yaacob , Timbalan Pengerusi HEWI berkata,“ golongan mahasiswa merupakan peringkat emas yang mana mempunya jati diri dan pendirian di dalam melakukan sesuatu perkara. Justeru, perlu dimanfaatkan akan kelebihan dan bakat yang ada kerana mereka ini mencerminkan kegilauan pimpinan akan datang”.
Dalam pada itu juga, barisan kepimpinan HEWI PMRAM menyarankan kepada seluruh mahasiswa Mesir khususnya perlu bangkit dalam mendepani isu semasa dan cabaran masa kini, walaupun sibuk dalam membuat persediaan menghadapi imtihan yang bakal menjelang. Ini kerana, isu semasa bukanlah isu biasa, bahkan merupakan isu ummah, yang perlu dilihat, dikaji dan dianalisa.
Manakala, dibawah unit Penyelidikan, kita telahpun berjaya menjawab beberapa isu antaranya pencerahan mengenai isu hudud, menjawab isu kartunis yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan hukum menyambut Krismas.
“Mahasiswi kini perlu menjuarai isu dan mengupas isu dengan sebaiknya kerana isu ummah kini memerlukan sumbangan khusus dari kaum hawa,” ujar Saudari Intan Soraya Hashim selaku Ketua Unit Pengetahuan & Penyelidikan HEWI PMRAM.
"Barisan kepimpinan HEWI menyeru kepada seluruh ahli HEWI agar sentiasa mengambil berat tentang isu yang berlaku disamping kesibukan diri bersiap menghadapi imtihan sekaligus ianya juga bakal merealisasikan keberjayaan tema HEWI yang bertunjangkan kekuatan ilmu dan thaqafah,” tambah Saudari Nurain Yaacob selaku Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM.
RSS Feed
Twitter


0 Ulasan:
Post a Comment